Connect with us

#celeb

“Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku dari seksa kubur dan api neraka..” – Aaron Aziz

Pelakon popular kelahiran Singapura yang mencipta nama di Malaysia, Datuk Aaron Aziz memaklumkan bahawa dia telah kehilangan ibu tercintanya yang mɛninggal dunia pada Sabtu lalu.

Menurut pelakon filem KL Gangster itu, ibunya Juriana Jaafar dimaklumkan terkena sɛrangan jantung sebelum menghembuskan nafas yang terakhir di pusat perubatan swasta di Singapura.

Namun begitu, perkongsian beliau di Instagram mengundang sebak apabila hanya mampu melakukan solat jenazah buat Allahyarham seorang diri berikutan perlu mengikut arahan standard operating procedure (SOP yang ditetapkan akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Dalam perkongsian tersebut, beliau mengakui begitu sebak kerana insan-insan tersayang tidak dapat bersamanya melakukan solat jenazah untuk ibu sebelum jenazah dikebumikan.

“Rasa sakit kerana tidak dapat solat jenazah bersama keluarga tersayang, hanya ALLAH sahaja yang tahu.

“Semoga Allah pelihara arwah Bonda tercintaku dalam urusannya di Alam Kubur. Agar sejuk…

“…lapang dan ditemani sesorang yang cantik dimana ia adalah Al-Quran yg Bonda sentiasa mengaji setiap hari sebelum mempunyai masalah mata,” tulisnya.

Pelakon berusia 44 tahun itu juga sempat berkongsi video ketika arwah ibunya dikebumikan. Disebabkan pelaksanaan SOP, tiada orang ramai dibenarkan berada di kawasan perkuburan tersebut.

Dapat dilihat hanya ada seorang individu yang berada di pusara ibunya untuk membetulkan kedudukan tanah yang sudah dikambus.

Terdahulu, pelakon drama rantaian Jalan Sesat Ke Syurga ini turut berkongsi berita duka pemergian ibunya di Facebook (FB) dan Instagram (IG).

“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku dari seksa kubur dan api neraka. Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh.

“Tempatkanlah ibuku di antara hamba hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” katanya.

Continue Reading

Trending