Connect with us

#news

“Ya Allah, Janganlah kau jadikan anaknya macam aku ni..”

Published

on

Kisah seorang insan istimewa yang jarang tinggalkan saf-Mu

Dia menghulurkan telefon bimbitnya yang tiada SIM card. “Abang tengok ni, kenal tak budak perempuan ni nama dia, Ana.” Aku tanya, “Ana mana ni?” Dia jawab, “Dia duduk depan rumah saya. Baik dia. Selalu bagi saya makan.”

Kemudian saya tanya, “Depan rumah? Rumah kau di mana?”
Dia jawab “Apalah awak ni, rumah saya depan rumah Ana lah! Tadikan dah beritahu.”

Sah ini lelaki agak istimewa. Berkenalan dengan seorang yang tidak berumah telah banyak menginsafkan diriku.

Dia yang digelar sahabatku sebagai “Shod Dhod Tho Zho”, cekap menghafal dan mengeja. Cakapnya banyak tergagap dan amat pantang jika aku mencelah di tengah bualannya.

Sebelum pulang, aku berseloroh, “Razak, kau doakanlah aku.”
-“Nak doa apa ni? Buatlah senarai.”
“Alah, doalah apa-apa.”

Dia duduk menghadap kiblat, dan terus berdoa. Aku duduk di belakangnya, mengaminkan.

“Ya Allah, banyakkanlah rezeki kawan aku ni, Irfan.”

Tiba-tiba dia toleh ke belakang, “Kau ada anak?” Aku angguk.

Dia sambung, “Ya Allah, janganlah kau jadikan anaknya macam aku ni. Biarlah anaknya besar dapat tolong mak ayah dia. Janganlah kau jadikan.. Ir, ir, Irfan macam bapak ti,ti, tiri aku yang campak aku macam ni. Selamatkanlah Irfan du, du, dunia akhirat. Selamat, se, se, se, selamat, slamat, slamat, slamat…”

Airmata telah menghujan pipiku selebat air yang mencurah dari langit. Aku tidak tahan lagi, lantas aku berlari ke dalam kereta, dan menaipkan tulisan ini terketar-ketar, sambil mataku berkaca tidak nampak apa yang kutaipkan lagi.

Ya Allah, sesungguhnya ciptaanMu ini amat indah. Ternyata Kau Maha Cantik dan Maha Sempurna. Lelaki ini biar sebegitu rupa, namun sewaktu sesekali subuh kami di masjid ini dia jarang tinggalkan saf-Mu.

Selamat, selamat, selamat yang dia ucapkan tadi tanpa putus, moga kau selamatkan kami seperti kau selamatkan dia dengan janji syurga. AMIN…
Semoga saling memanfaatkan. 😭

Kredit : Al Irfan Jani

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Shares