“Nooooooo!!! Kau dah takde credibility untuk menjaga hatta seorang anak pun. Bella kena dera kat kondo kau!!! Kenapa kau biarkan benda tu berlaku… Jawablahhhhhhh.” – Netizen Gusar

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula lima anak angkatnya yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Bainun, 29, dan empat ibu kandung anak angkatnya memfailkan permohonan itu melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, pada 2 Ogos lalu menerusi Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

Kesemua pemohon diwakili peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor manakala Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Noor Afdzan Mohd Sahandrigani, Asiah Bachok dan Mohd Imran Mohd Zanyuin bertindak bagi pihak responden.

Dalam permohonan itu, Siti Bainun dan empat ibu kandung anak itu memohon perintah jagaan sementara terhadap lima kanak-kanak itu yang kini diberikan kepada beberapa rumah jagaan di bawah JKM pada 16 Julai 2021, dibatalkan serta-merta di bawah Seksyen 30 (13) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Permohonan itu turut menyatakan ia adalah permintaan daripada keluarga kandung lima kanak-kanak itu yang mahu hak jagaan diberikan kepada Siti Bainun selaku pihak yang layak kerana mereka sendiri menyerahkan anak kepadanya untuk dijaga ketika masih kecil.

Mereka mahukan permohonan itu didengar segera berikutan permintaan ibu kandung bagi kepentingan kemaslahatan, kesihatan, pendidikan dan kesihatan mental yang perlu dipantau dengan rapi.

“Bagaimanapun, pihak JKM tidak bersedia dan mahu membalas afidavit yang difailkan pihak kami.

“Jadi mahkamah menetapkan satu tarikh lain (14 September) untuk pendengaran permohonan itu” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes di hadapan Majistret Norfarahain Roslan.

Nur’Aminahtul Mardiah berkata, pihaknya akan mengemukakan dokumen perubatan bagi menyokong bahawa Siti Bainun merupakan pihak yang layak kerana anak-anak angkatnya selamat ketika di bawah jagaan wanita itu.

“Pihak kami juga telah membuat permohonan interim untuk Siti Bainun mendapatkan akses kepada lima anak ini kerana beliau tidak pernah diberi akses kepada mereka sejak diambil pihak JKM pada 16 Julai lalu.

“Pada hari ini, mahkamah mengeluarkan perintah untuk membenarkan Siti Bainun mengakses lima anak angkatnya melalui panggilan video, penghantaran lampin pakai buang, susu untuk anak Sindrom Down dan peranti untuk dua anak yang bersekolah bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya.

Jelas Nur’Aminahtul, salah seorang kanak-kanak itu mengalami masalah kulit yang serius dan memerlukan lampin pakai buang berlainan yang mana tidak dapat dibekalkan oleh pihak JKM kerana harganya mahal.

“Kami sudah menerima perintah sementara jadi esok kami akan serahkan susu dan lampin manakala panggilan video akan ditetapkan pada tarikh lain,” katanya.

Pada pertengahan Julai lalu, media melaporkan seorang wanita yang juga pengasas Rumah Bonda ditahan polis selepas hadir di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja orang kurang upaya (OKU).

Siti Bainun mengendalikan pusat kebajikan secara haram, Rumah Bonda yang ditubuhkan tidak pernah didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Polis juga memohon supaya wanita itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu, bagaimanapun Mahkamah Majistret menolak permohonan itu berikutan ia dilakukan melebihi tempoh 24 jam dari wanita itu ditahan.

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.