Connect with us

#pop

Yuran Anak Tertunggak 8 Bulan, Peng0rbanan Seorang Ayah Meniaga Sambal Bilis Ini Buat Netizen Seb4k

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang, itulah perumpamaan yang sesuai untuk keadaan seorang peniaga sambal yang dikenali sebagai Azhar.

Biarpun dia mengerjakan sesuatu yang sukar, namun dia tetap bersabar.

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh Azfar sendiri dalam akaun laman aplikasi Youtube ‘Azfar Badrul‘, dia mendedahkan kisah pahit manis yang harus dihadapi sebagai seorang ayah dan suami yang berkorban kudrat demi menyara keluarga tersayang.

Mengalir air mata

Video dikongsikan itu kini mendapat lebih 84,000 tontonan di laman aplikasi Youtube akaun Azfar Badrul.

Difahamkan, Azhar berniaga sambal bilis resepi milik isteri berlokasikan dihadapan bank di Kuala Kangsar, Perak pada setiap hari.

Siapa sangka, nama Azhar yang berniaga sambal bilis secara kecil-kecilan diberi cadangan oleh penonton untuk membuat kemunculan di Youtube Azfar Badrul sendiri.

Ianya bertujuan untuk membantu serba sedikit golongan yang kurang bernasib baik demi menyara keluarga tercinta.

Azhar dahulunya telah terlibat dalam kemal4ngan motosikal bersama isterinya dan sejak dari itulah beliau telah hilang pekerjaan tetap.

“Masa tu saya bawa moto, saya acc1dent. Dada saya terh3mpap. Masa tu naik dengan wife, memang ada gastr1k, sak1t ulu hati, jadi kalau lambat makan akan jadi ped1h. Saya terpaksa duduk, relax dulu.
Saya memang tak buat rawatan apa pun. Hanya bergantung pada ubat hospital. Sekarang dah tak ambil.

“Saya ada lima orang anak. Ini saja sumber pendapat. Saya dan isteri buat sama-sama sambal bilis ini. Dalam 8 bulan saya tak bayar yuran persekolahan tahfiz anak saya.

“Lebih kurang dalam RM2,000 juga. Ustaz tu boleh bertolak ansur. Dia kata, tak apa kalau tak bayar lagi. Bagi anak belajar dulu.“ luah Azhar.

Dapat perhatian Neelofa

Perkongsian petikan video di laman Twitter juga mendapat perhatian pengacara terkenal iaitu Neelofa.

Video yang berasal dari Youtube itu telah dimuatnaik semula oleh pengguna laman sosial Twitter iaitu @haizel90 dan ia mendapat lebih 356,000 tontonan.

Video itu menarik perhatian seorang usahawan dan model terkenal tanahair, Neelofa.

Neelofa juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mengajak orang ramai untuk mendoakan nasib keluarga penjual sambal itu agar rezekinya dilimpahkan berlipat kali ganda.

Kepada yang ingin membantu menaikkan hasil jualan Azhar boleh membuat tempahan melalui Sambal Bilis Sarina Gojes.

Untuk makluman, lokasi perniagaan milik Azhar dan Isterinya bertempat di Maybank dan CIMB Kuala Kangsar, setiap hari pada jam 5:00 petang hingga jam 7:00 malam.

In Shaa Allah semoga urusan encik Azhar dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber : Pen Merah dot com

Continue Reading

Trending