Connect with us

#news

Zuraida dikuarantin akibat terdedah dengan kontak rapat disahkan positif Covid-19.

Kini, giliran Zuraida Kamaruddin selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjalani kuarantin ekoran penularan pandemik Covid-19.

Sebelumnya, segelintir menteri dan ahli politik telah dikuarantin akibat pandemik itu. Zuraida harus menjalani tempoh tersebut seteleh terdedah dengan kontak rapat yang disahkan positif Covid-19

Dimaklumkan, kontak rapat itu merupakan pembantu peribadi milik seorang Exco Kedah yang turut hadir dalam program bersama Zuraida bertempat di Langkawi, Sabtu lepas.

Nor Hizwan Ahmad, setiausaha politiknya dalam kenyataan mengatakan bahawa Zuraida menjalani kuarantin selama 14 hari seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sarankan.

“Pada pagi Ahad, Zuraida hadir ke program Malaysia Urban Forum di Kuala Lumpur dan dimaklumkan pada petangnya bahawa terdapat satu kes positif Covid-19 dalam program di Langkawi tersebut,” katanya pada pihak SinarHarian.

Pada pagi Isnin, Zuraida Kamaruddin menjalani ujian swab untuk kali kedua dan keputusan mendapati Zuraida negatif.

“Saya mengambil maklum keprihatinan beberapa pihak tentang status kesihatan dan keselamatan Zuraida usai berkempen di Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini,” katanya. Dahulu, segelintir menteri dan ahli Politik diperintahkan kuarantin sebaik sahaja pulang dari berkempen dalam PRN Sabah.

Antaranya Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Selain itu, Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil turut menjalani kuarantin selepas seorang kakitangan di pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai disahkan positif Covid-19.

Situasi Terkini 01 Oktober 2020

Terkini #COVID19Malaysia 1 Okt 2020

  • Kes sembuh=47
  • Jumlah kes sembuh= 10,014 kes
  • Kes positif= 260
  • (kes import=1, kes tempatan=259)
  • Jumlah positif= 11,484 kes
  • Kes kematian= 0
  • Jumlah kes kematian= 136
  • Kes dirawat di ICU=20 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan=3 kes

Terkini. 1 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini 260 kes (259 tempatan, 1 import).

  • Tertinggi Sabah (118), Kedah (98), KL (14), Selangor (13).
  • 31 kes tempatan pernah ke Sabah
  • 3 kluster baharu- Putrajaya, Sabah, Kedah
  • Kelantan, Perak, N.9, Sarawak, Labuan tiada kes

Sumber: mStar

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya